PAGI :- BEE HOON GORENG + SAMBAL UDANG + TEH 'O' SUAM [ kan...awal2 lagi kantoi sudahhhhhh ]
10PG :- COCOA COLLAGEN [ ala, malasnya nak snap.korang gugel la sendiri cemana rupanya ] + SEBIJI LIMAU KECIK [siyess aku tak tau apa nama limau tu.tapi?pergh !! sedap nko.aku memula makan masa nisak baru balik dari jepun.kasi aku.lepas tu terus jatuh chentaaaa ].
**limau tu sebiji lagi aku bagi kak kayah .lagi sebijik bagi tikah [ limau kecik ]
LUNCH :- 2 KEPING ROTI SERAT + HAZELNUT CHOC [nipis ] ARMELLO + AIR KOSONG
3.00 PTG :- SEBIJI LIMAU SUNKIST + SEKEPING ROTI SERAT + HAZELNUT CHOC [nipis ] ARMELLO + AIR KOSONG.
5.30 - 6.30 PTG : - BADMINTON BERSAMA BANU.
6.45 PTG :- SEBIJI EPAL HIJAU [makan sambil layan lagu .sambil drive mr poyo ]
8.15 MLM :- SEMANGKUK KECIL COCO KRUNCH + SUSU SEGAR + SEBIJI LIMAU KECIK + TEH HIJAU + AIR KOSONG.
DIKABURKAN ATAS SEBAB - SEBAB KESELAMATAN :)
whhoootttt !! whhoottt !! ok setat harini aku dah setat diet la sangat. [ walaupun hakikatnya ada sikit KANTOI ].tapi, tak apa kena cuba lagi sampai betul-betul tak kantoi.
memang la ada yang cakap.sibuk2 je dah kuwos.eh3 aku punya suka la kan.badan aku bukan badan ko.aku ni ada keturunan kencing manis la.makcik aku meninggal sebab kencing manis tau.ngeri kan.oleh itu baiak jaga makan.bukan sebab nak kurus sangat pun.ok2 dah setop.malas nak bising2. kau nak follow jom.tak nak kelos je.
paling tak boleh nak blah adalah tajuk misi ni. 60kg kau.memang tak agak - agak.ikutkan aku ni dapat turun 6 kg pun dah sweet sangat dah tu.tak kan nak tulis MISI 6kg.ala,macam ciput sangat je kan. alang2 nak bermisi segala baik aku tambah 0 belakang tu.so?target 60kg.ngeri jugak sebenarnya.tapi?tak ada benda yang mustahil la.mesti boleh punya.janji ada semangat.kawan - kawan.sila bagi sokongan padu pada saya.jika saya dapat target 60kg tu.saya akan rewards diri saya sendiri.[ sempat la aku nyimpan sementara nak 60kg tu ]
ye la.bila aku jumpa gynea mesti dia akan tanya.sebelum kawin berat berapa?setahun kawin berat berapa?now?.. ok u kena turunkan berat ya.sebab u ada pcos.adoi3.cemana tu?2 3 gynea kalau aku jumpa mesti akan cakap benda yang sama.ingat lagi sebelum aku operasi satu tika dulu.kena turunkan berat ko.dapat la 66kg.pehtu bole la menten sebab aku kena pantangkan.sekarang??? tak dapat nak diluahkan dengan kata - kata.hanya airmata yang mampu berkata2.
ok.untuk 1st day dah habis.kita check besok pulak.esok pagi aku nak kena ke LHDN.dah, income aku kan 3 joootaaaaa haruslah bukak akaun sebelum aku dibukakkan.

0 comments:
Post a Comment